Thursday, May 17, 2012

Donna Summer Meninggal Dunia

Share ngan kengkawan ?

Suka Entri Ni?



New York : Ratu Muzik Disko, Donna Summer, yang terkenal dengan lagu 'Last Dance', 'Love To Love You Baby' dan 'Baby Girls' yang menjadi siulan dan ikutan pada era kegemilangan seks, dadah, joget dan pakaian gemerlapan, telah meninggal dunia dalam usia 63 tahun.

Keluarga mendiang yang mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis 17 Mei 2012, berkata, Summer telah meninggal dunia dan mereka 'sedang dalam keadaan tenang meraikan pencapaian gemilang beliau dan kelangsungan legasinya'.

Trivia :

Donna Summer (1948- 2012 )

Queen of Disco 
Merupakan penyanyi Afro Amerika yang sangat berjaya ketika tahun 1970 an. Beliau telah memenangi sebanyak 5 kali anugerah Grammy Awards dan rekodnya telah terjual lebih dari 130 juta ke seluruh dunia.

10 lagu paling berjaya beliau di carta Pop / R&B Amerika:


  • 1975: Love to Love You Baby (pop #2, R&B #2)
  • 1977: I Feel Love (#6, #9)
  • 1978: Last Dance (#3, #5)
  • 1978: MacArthur Park (#1, #8)
  • 1979: Heaven Knows (#4, #10)
  • 1979: Hot Stuff (#1, #3)
  • 1979: Bad Girls (#1, #1)
  • 1979: Dim All the Lights (#2, #13)
  • 1979: No More Tears (Enough is Enough), with Barbra Steisand (#1, #20)
  • 1980: On the Radio (#5, #9)
  • 1980: The Wanderer (#3, #13)
  • 1982: Love is in Control (Finger on the Trigger) (#10, #4)
  • 1983: She Works Hard for the Money (#3, #1)
  • 1983: Unconditional Love (#43, #9)
  • 1987: Dinner with Gershwin (#48, #10)
  • 1989: This Time I Know It’s for Real (#7, -)


Lagu yang menjadi hit di Eropah Barat  dan juga Australia : “Love to Love You Baby”, “I Feel Love”, “Hot Stuff” and “Bad Girls”.

Beliau pernah berkata, Lelaki mengingatinya kerana lagu “Love to Love You Baby” sementara kaum Wanita pula dengan lagu “She Works Hard for the Money”. Manakala secara peribadi beliau lebih menggemari lagu “Last Dance”, lagu yang dijayakan untuk sebuah filem yang gagal.

Luorang mungkin belum baca

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Advertisements