Saturday, April 21, 2012

FAM Denda FAS



GARA-gara abai aspek keselamatan di Stadium Negeri ketika perlawanan menentang Lions XII 17 Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM29,500 atas empat pertuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusinya, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan itu hasil persetujuan bersama ahli Jawatankuasa Disiplin FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya dan denda itu perlu dijelaskan dalam14 hari berkuat kuasa semalam.

“Ini merupakan amaran terakhir. Selepas meneliti segala bukti dan juga laporan daripada pegawai serta pengadil yang bertugas semasa perlawanan tersebut kita (FAM) telah mengenakan denda paling minima dan tiada rayuan dibenarkan,” katanya yang berharap kejadian seumpama tidak berulang.

Berdepan dengan pertuduhan buat kali pertama, denda yang dikenakan kepada FAS merupakan yang paling tinggi buat musim ini.

Selain FAS, ketua pasukan Bujang Senang, Mohd Hairol Mokhtar (pertahanan) dan juga penolong jurulatih pasukan, Mohd Farhan Abdullah turut dikenakan denda dan juga penggantungan perlawanan selepas disabitkan dengan kesalahan.

Mohd Hairol yang disabitkan dengan dua pertuduhan, mengeluarkan kata-kata kesat dan juga menendang pengadil dari belakang bagaimanapun digantung tiga perlawanan serta denda RM2,000 manakala pertuduhan kedua (menendang pengadil) digugurkan berikutan tiada bukti sahih meskipun tertuduh mengaku bersalah.

Sementara itu, Mohd Farhan yang didapati bersalah atas tuduhan dengan sengaja menolak pengadil digantung lapan perlawanan dan juga denda sebanyak RM4,000.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya berhubung kekecohan ketika Sarawak bertemu Kelantan 7 April lalu, Taufik berkata, Jawatankuasa Disiplin FAM belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

6 pertuduhan terhadap FAS

1. Gagal menyediakan anggota keselamatan yang mencukupi untuk mengawal penonton: RM15,000

2. Penyokong berkumpul di luar pintu masuk utama stadium dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil: RM2,500

3. Penonton membaling objek kepada pemain dan juga pegawai pasukan Lions XII: RM6,000

4. Penggunaan laser yang ditujukan kepada penjaga gol Lions XII sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan selama 3 minit: RM6,000

5. Ketua pasukan, Mohd Hairol Mokhtar mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan: RM2,000 dan gantung 3 perlawanan

6. Penolong jurulatih, Mohd Farhan Abdullah Menolak dengan sengaja pengadil dengan kedua belah tangan selepas perlawanan berakhir: RM4,000 dan gantung 8 perlawanan

Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan

[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. Sumber

Nota Dari Rakan UPSI :

Khairi Omar
kami di UPSI lebih mengenali arwah...

Saya mohon kepada semua sahabat, JANGAN ADA SESIAPA YANG cuba untuk menimbulkan apa-apa spekulasi atau dakwaan yang tidak baik kepada Sahabat kita. Sebaiknya kita bersama-sama mendoakan sahabat kita supaya tenang dan diberikan tempat terbaik di sana...Harap tiada siapa y mengaibkan arwah...y pergi,biarlah pergi...

Al-Fatihah buat Al-Marhumah Adik Fatimah Mina Binti Md Juferi.
Moga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh/ah.

Advertisements

Advertisements