Saturday, April 21, 2012

FAM Denda FAS

Share ngan kengkawan ?

Suka Entri Ni?



GARA-gara abai aspek keselamatan di Stadium Negeri ketika perlawanan menentang Lions XII 17 Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM29,500 atas empat pertuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusinya, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan itu hasil persetujuan bersama ahli Jawatankuasa Disiplin FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya dan denda itu perlu dijelaskan dalam14 hari berkuat kuasa semalam.

“Ini merupakan amaran terakhir. Selepas meneliti segala bukti dan juga laporan daripada pegawai serta pengadil yang bertugas semasa perlawanan tersebut kita (FAM) telah mengenakan denda paling minima dan tiada rayuan dibenarkan,” katanya yang berharap kejadian seumpama tidak berulang.

Berdepan dengan pertuduhan buat kali pertama, denda yang dikenakan kepada FAS merupakan yang paling tinggi buat musim ini.

Selain FAS, ketua pasukan Bujang Senang, Mohd Hairol Mokhtar (pertahanan) dan juga penolong jurulatih pasukan, Mohd Farhan Abdullah turut dikenakan denda dan juga penggantungan perlawanan selepas disabitkan dengan kesalahan.

Mohd Hairol yang disabitkan dengan dua pertuduhan, mengeluarkan kata-kata kesat dan juga menendang pengadil dari belakang bagaimanapun digantung tiga perlawanan serta denda RM2,000 manakala pertuduhan kedua (menendang pengadil) digugurkan berikutan tiada bukti sahih meskipun tertuduh mengaku bersalah.

Sementara itu, Mohd Farhan yang didapati bersalah atas tuduhan dengan sengaja menolak pengadil digantung lapan perlawanan dan juga denda sebanyak RM4,000.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya berhubung kekecohan ketika Sarawak bertemu Kelantan 7 April lalu, Taufik berkata, Jawatankuasa Disiplin FAM belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

6 pertuduhan terhadap FAS

1. Gagal menyediakan anggota keselamatan yang mencukupi untuk mengawal penonton: RM15,000

2. Penyokong berkumpul di luar pintu masuk utama stadium dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil: RM2,500

3. Penonton membaling objek kepada pemain dan juga pegawai pasukan Lions XII: RM6,000

4. Penggunaan laser yang ditujukan kepada penjaga gol Lions XII sehingga menyebabkan perlawanan dihentikan selama 3 minit: RM6,000

5. Ketua pasukan, Mohd Hairol Mokhtar mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan: RM2,000 dan gantung 3 perlawanan

6. Penolong jurulatih, Mohd Farhan Abdullah Menolak dengan sengaja pengadil dengan kedua belah tangan selepas perlawanan berakhir: RM4,000 dan gantung 8 perlawanan

Luorang mungkin belum baca

2 comments:

Post a Comment

Advertisements

Advertisements