Friday, August 3, 2012

Abby: Saya Sedia Terus Korban Demi Norman-Memey


SHAH ALAM – Selebriti Abby Abadi meneruskan entri menerusi twitter berkenaan ‘peristiwa berbaik semula’ dengan bekas suaminya sambil berkata, dia sedia meneruskan pengorbanan demi kebahagian rumah tangga Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Dalam salah satu mesej hari ini, Abby menulis: “Tentang komen ex-husband (Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan saya), biarlah, asal mereka bahagia.  Saya (sanggup) korban terus pun, tidak mengapa. Siapalah saya.”

Abby yang berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter sejak kebelakangan ini, hari ini menghantar siri mesej menerusi akaun twitter membicarakan mengenai hubungannya dengan Norman, yang dikatakan telah pulih susulan satu pertemuan di Shah Alam minggu lalu dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di rumah Abby kelmarin.

Kenyataan hari ini dibuat ekoran penjelasan Norman semalam, yang mengatakan bahawa langkah berbaik semula antara Abby dan Memey adalah satu pengorbanan besar yang telah dilakukan Memey sebagai seorang isteri.

Norman juga berkata, “Memey pula sangat fleksibel dengan saya.”

“Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri,” kata Norman.

Sebelum ini, heboh mengenai hubungan kurang baik ketiga-tiga selebriti itu, tetapi dengan tersebarnya gambar terbaru mereka berbuka puasa bersama kelmarin memadam segala cerita yang kurang baik itu.

Gambar yang dimuat naik Abby di Twitternya menunjukkan dia dan Memey bergambar mesra selepas bersama-sama bersolat tarawih dengan berimamkan Norman di rumah Abby kelmarin.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam, Norman turut menjelaskan langkah berbaik semula memang tidak disangka-sangka dan menyifatkan ini semua adalah berkat Ramadan dan juga doa yang tidak putus-putus untuk mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Malah, mereka bertiga turut sudah merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama tahun depan setelah Memey selamat bersalin.  Memey dijangka bersalin Februari depan.

Norman dan Abby sah bercerai pada 2008 selepas bercerai kali pertama pada 5 Mei 2006.  Sementara perkahwinan kedua Norman bersama Memey berlangsung pada 24 September 2011.  

Dalam pada itu, Abby juga menjawab beberapa pengikutnya yang mempertikaikan tindakan Norman memegang bahunya ketika pertemuan mereka kelmarin.

"(Bekas) suami pegang bahu? Itu belaku spontan. Mak dan anak-anak saya semua ada di depan itu. Abang saya yang ambilkan gambar. (tanya tuan punya badan nanti ye kenapa)," katanya lagi.

Menerusi mesej seterusnya, Abby menulis, "risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, OK saya minta maaf salah saya."

Fakta Menarik Perkembangan Awal Komputer

1.PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA


'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944

Sir Harold Thomas Flower. Beliau adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.


2. NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA



ENIAC Sedang Digunakan

ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Computer) adalah komputer komersil pertama didunia. Dengan beratnya 60,000 paun dan besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Komputer ini tidak boleh menyimpan data.



3. MODEM PERTAMA


1958 Modem From AT&T


The Bell 103

Sekitar tahun 1950an, bahagian pertahanan udara Amerika Syarikat telah meminta untuk diciptakan alat bagi menghantar data melalui telefon. Modem komersial pertama dibuat 'AT&T' dan dilancarkan 'Bell 103' pada tahum 1962 dengan kelajuan 300 bit / saat. Pada tahun 1996 sudah ada modem dengan kelajuan 56,000 bit/saat.


4. PERMAINAN KOMPUTER (GAME)


Imej Permainan Komputer 'Spacewar' pada tahun 1961 oleh Steve Russell

Pada tahun 1947 tahun itu dianggap sebagai tahun ketika game
(permainan) pertama kali dimainkan pada tabung CRT. Ianya masih sederhana iaitu tentang pesawat yang harus menembak suatu sasaran. Saat itu grafik belum boleh digambarkan secara elektronik pada layar CRT. 

Tahun 1950an, game dengan grafik pertama dibuat iaitu Tic-Tac-Toe. Kebanyakan game komputer awal dibuat oleh Universiti. Tahun 1960an game Spacewar yang dimainkan oleh dua orang. Ini adalah game pertama yang dijual secara meluas dan menjadi game yang paling digemari saat itu.

Kemudian game yang boleh dimainkan dilayar televisyen. Game ini namanya 'Chase' oleh penciptanya yang kemudian dikembangkan menjadi game yang memuatkan beberapa permainan. Tahun 1970an, game 'Odyssey' dikeluarkan merupakan video game pertama. Syarikat permainan 'Atari' mencipta game permainan pingpong. Kemudian game mula menggunakan portable. Taito mencipta game 'Space Invaders' atau game penembak pesawat makhluk asing (alien). Ini adalah game pertama yang disebut era keemasan game.


5. KEDAI KOMPUTER PERTAMA


Kedai Milik Dick Heiser

Pada 1975, Dick Heiser membuka kedai komputer pertama yang dinamakan "The Computer Store" di California. The Komputer Store menjual peralatan komputer, buku dan majalah yang berkaitan dengan komputer. 


6. VIRUS KOMPUTER YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN TERTINGGI


Virus 'iloveyou'

Pada tahun 2004 SCO Group Inc. di Colorado diserang DDOS dari virus 'MyDoom Worm'. Merosot hingga $ 38.5 bilion. SCO Group menghadiahkan $ 250 ribu untuk menangkap pembuat virus 'MyDoom.B'. Virus lain yang diketahui telah menyebabkan kerugian besar adalah virus 'SoBig' yang menyebabkan kerugian $37.1 bilion, virus 'Love Bug' menyebabkan kerugian $15 bilion dan virus 'Code Red' yang menyebabkan kerugian sehingga $2 bilion.


7. WEB BROWSER PERTAMA


'WorldWideWeb'


Mosaic' Web Browser

NCSA Mosaic dibuat oleh Marc Andreesen dari National Centre for 'Supercomputing Applications' pada bulan April 1993 untuk keperluan khusus. Tapi 'WorldWideWeb' yang dibuat Tim Berners-Lee pada bulan Disember 2000 dianggap sebagai web browser pertama kerana penggunaannya yang luas. Namanya kemudian ditukar jadi Nexus. Pada bulan Oktober 1994, Netscape mengeluarkan versi beta dari Mozilla dan menjadi web browser komersil pertama.


8. WEB SITE PERTAMA


Web Site Pertama yang memaparkan sendiri projek WWW tersebut

Sir Timithy John dari "Pasukan" Berners-Lee adalah orang pertama yang menciptakan world wide web pada Ogos 1991. Web site beliau adalah http://nxoc01.cern.ch. (Dah tak wujud)

Kredit : Pakcik Google 

Masyarakat India Mundur Kerana MIC



Masyarakat India merupakan antara kaum yang paling tertindas di negara kita. Walau pun negara kita telah merdeka 54 tahun tetapi status sosio-ekonomi kaum India masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Sebahagian besar daripada kaum India hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dapat menaiki tangga kejayaan kerana tidak ada hala tuju yang konkrit dibentuk oleh pemimpin-pemimpin MIC iaitu parti yang mewakili kaum di dalam komponen kerajaan Barisan Nasional. MIC telah gagal menghulurkan tangan kepada kaum India yang amat memerlukan bantuan kerajaan dari dahulu lagi. Tambahan pula, Kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan MIC telah menindas kaum India  di negara kita selama ini.

Kini,  keadaan telah menjadi genting dan orang-orang India dianggap faktor  penentu  kemenangan banyak diantara kerusi DUN dan Parlimen. Ini telah menjadi rangsangan kepada MIC dan Barisan Nasional untuk  membantu kaum India  dengan pelbagai cara. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Segala salah laku,  pengabaian  dan penindasan terhadap kaum India tidak boleh diperbaiki lagi oleh MIC lagi. Sudah sampai masa untuk MIC dan Barisan Nasional  mengundur diri dan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencorakkan semula masa hadapan kaum India di negara ini.

Masyarakat India harus sedar bahawa peluang telah diberikan kepada MIC  selama 54 tahun untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka. MIC bukan sahaja gagal berbuat demikian malah telah menipu masyarakat India dalam beberapa skandal kewangan yang melibatkan berjuta-juta ringgit. MIC hanya membantu kaum kerabat dah kroni-kroninya untuk menikmati kekayaan negara.  Kesejahteraan rakyat biasa tidak dipedulikan langsung. MIC telah memperdayakan kaum India dengan idea-idea kolot supaya menyokong Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya. Pemimpin-pemimpin MIC juga sentiasa menakutkan kaum India dengan propaganda politik yang tidak munasabah. Kaum India telah dipermainkan oleh MIC untuk kepentingan politik Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Jika MIC satu parti yang benar-benar  telah memperjuangankan hak orang-orang India, kenapakah sebahagian besar dari kalangan mereka itu hidup dengan penuh penderitaan?  Jika MIC  masih mahu  dipandang relevan, perlu mendedahkan atau membuktikan semua usaha-usaha yang diambil olehnya untuk memajukan kaum India dari segi sosio-ekonomi selama ini.

 Ini tidak bermaksud MIC tidak berbuat apa-apa kebaikan kepada kaum India. Baru-baru ini MIC memberi RM20 kepada pengundi-pengundi  India untuk mendapatkan sokongan mereka. Ini merupakan satu pencapaian  yang perlu dibanggakan oleh pemimpin-pemimpin MIC yang memperjuangakan hak bangsa India. RM20 akan mengubah status sosio-ekonomi kaum India untuk 3 generasi akan datang?

Secara kesimpulan, MIC harus mengaku kelemahan mereka dan turun daripada pentas politik yang telah memundurkan kaum India selama ini. Mereka tidak sepatutnya tamak dan gila kuasa sehingga nasib kaum  India digadai  untuk selama-lamanya

Dari Blog : Speaker Of Perak

Fakta Sains Yang Jarang Diketahui



* Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

* Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.

* Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Gorila jantan biasanya tidur di tanah, sementara gorila betina tidur di sarang di atas pohon.

* Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus kecil.

* Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak bukan merupakan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.

* Beg bungkusan kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.

* Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.

* Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.

* Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu

* Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik

* Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

* Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan pesawat di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya mendaratkan pesawat mereka, Surveyor I.

Thursday, August 2, 2012

Ijazah Palsu: Polis Rekod 40 Keterangan



SHAH ALAM, 3 Ogos 2012 - Polis merakamkan 40 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan kes penjualan sijil palsu bernilai RM5 juta yang kononnya diiktiraf daripada lima universiti luar negara.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, semua keterangan direkodkan selepas pihaknya membuat penahanan ke atas sepasang suami isteri yang juga dalang menjual sijil palsu itu kepada 'graduan' tempatan dan asing termasuk ahli politik serta individu bergelar Tan Sri.

Beliau berkata, siasatan diteruskan dan pihaknya menggesa individu terlibat membeli sijil palsu tampil membantu siasatan.

"Kita harap mereka hadir sukarela untuk dirakamkan percakapan kerana sijil dibeli mereka tidak sah.

"Kita tidak akan menahan mereka dan hanya memerlukan keterangan bagi melengkapkan siasatan, selain menyiasat jika terdapat penipuan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Thaiveegan berkata, pihaknya akan lihat kemungkinan sama ada individu membeli sijil palsu itu terpedaya dengan helah sindiket yang menjanjikan sijil bertauliah.

Menurutnya, beliau berharap mereka terlibat dapat bekerjasama dengan polis.

"Setakat ini tiada tangkapan baru dan dua suspek ditahan pada 25 Julai lalu, dilepaskan dengan jaminan polis tiga hari kemudian," katanya.

Siasatan mendapati 525 ‘graduan’­ tempatan serta asing terlibat membeli sijil palsu bagi tempoh beberapa tahun lalu.

Kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003.

Olimpik: Chong Wei Mara Separuh Akhir



PEMAIN nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2012 selepas mengalahkan pemain India Kashyap Parupali dalam saingan suku akhir di Arena Wembley di sini, lewat malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Chong Wei mengambil masa 44 minit untuk melakarkan kemenangan 21-19, 21-11 ke atas lawannya itu dan akan menentang pemain nomboor tiga dunia Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir.

Pada set pembukaan, Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.

Bagaimanapun, Chong Wei, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berjaya memburu mata demi mata untuk menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mengutip set pertama 21-19 dalam masa 27 minit.

Pada set kedua, Chong Wei mula memantapkan pukulan set-piece dan Kashyap tidak dapat menandingi ketangkasan pemain pilihan utama itu sebelum akur dengan keputusan 21-11 dalam masa 17 minit.

Selepas mengharungi dua perlawanan dalam kumpulan A menentang Ville Lang dari Finland dan pemain Indonesia, Simon Santoso, Chong Wei berkata, walaupun nampak mudah, namum Kasyhap memang memberi tekanan kepadanya.

"Dia bagus dan cuba mengganggu rentak sehingga memaksa saya melakukan beberapa kesilapan. Sekiranya saya ikut rentaknya, dia akan kalahkan saya," kata Chong Wei selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Chen Long tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Denmark, Peter Gade dengan keputusan 21-16, 21-13.

Mengenai pertemuan dengan Chen Long esok, Chong Wei berkata, lawannya itu dikenali dengan corak agresif dengan melakukan pukulan rali.

"Saya perlu bersedia untuk mengubah rentak," katanya.

Berpandukan statistik lepas, Chong Wei mempunyai kelebihan 6:4 dan kali terakhir mengalahkan pemain China itu pada Terbuka Malaysia 2012 Januari lepas dalam rubber-set 21-18, 17-21, 21-13.

Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata Chen Long dijangka menampilkan permainan rali dan Chong Wei perlu menggunakan ketangkasan untuk mematahkan rentak lawan.

"Chen Long telah mengubah gerakan taktikal dari pantas dan serang kepada pukulan jauh dan di situ Chong Wei perlu berjaga-jaga kerana lawannya itu hanya menunggu masa untuk mematikan pukulan," katanya. - Bernama

Advertisements

Advertisements