Thursday, August 2, 2012

Ijazah Palsu: Polis Rekod 40 Keterangan

Share ngan kengkawan ?

Suka Entri Ni?



SHAH ALAM, 3 Ogos 2012 - Polis merakamkan 40 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan kes penjualan sijil palsu bernilai RM5 juta yang kononnya diiktiraf daripada lima universiti luar negara.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, semua keterangan direkodkan selepas pihaknya membuat penahanan ke atas sepasang suami isteri yang juga dalang menjual sijil palsu itu kepada 'graduan' tempatan dan asing termasuk ahli politik serta individu bergelar Tan Sri.

Beliau berkata, siasatan diteruskan dan pihaknya menggesa individu terlibat membeli sijil palsu tampil membantu siasatan.

"Kita harap mereka hadir sukarela untuk dirakamkan percakapan kerana sijil dibeli mereka tidak sah.

"Kita tidak akan menahan mereka dan hanya memerlukan keterangan bagi melengkapkan siasatan, selain menyiasat jika terdapat penipuan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Thaiveegan berkata, pihaknya akan lihat kemungkinan sama ada individu membeli sijil palsu itu terpedaya dengan helah sindiket yang menjanjikan sijil bertauliah.

Menurutnya, beliau berharap mereka terlibat dapat bekerjasama dengan polis.

"Setakat ini tiada tangkapan baru dan dua suspek ditahan pada 25 Julai lalu, dilepaskan dengan jaminan polis tiga hari kemudian," katanya.

Siasatan mendapati 525 ‘graduan’­ tempatan serta asing terlibat membeli sijil palsu bagi tempoh beberapa tahun lalu.

Kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003.

Luorang mungkin belum baca

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Advertisements