Monday, August 20, 2012

Perlu Sepakat Untuk Halang LionsXII




LIMA belas pasukan tempatan perlu ‘bersepakat’ bagi memastikan piala paling berprestij dalam kancah bola sepak tempatan, Piala Malaysia tidak terlepas kepada pasukan jemputan dari Singapura, LionsXII.

Kelab dari Singapura yang sebahagian besarnya diwakili pemain kebangsaan republik itu hampir bergelar juara Liga Super sebelum terpaksa tunduk kepada Kelantan yang berjaya mempertahankan gelaran dan mereka pastinya memasang impian memburu piala terakhir yang dipertandingkan musim ini.


“Sudah pasti mereka akan menjadi pesaing pasukan lain. Mereka sudah membuktikan kemampuan dan kekuatan dengan bergelar naib juara Liga Super selain sejarah sudah membuktikan mereka adalah pasukan kedua paling berjaya dalam saingan Piala Malaysia selepas Selangor,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, baru-baru ini.

Beliau yang juga naib presiden badan induk bola sepak negara itu berharap pasukan tempatan memberikan saingan sengit agar Piala Malaysia tahun ini tidak dibawa menyeberangi tambak Johor selepas kali terakhir dibawa ke republik itu pada 1994.


Tambah Hamidin, hanya pasukan yang benar-benar konsisten akan menjulang Piala Malaysia kali ini walaupun sesetengah pasukan dikatakan berada dalam kumpulan sukar.


“Walaupun berada dalam kumpulan maut, tidak cukup jika sesebuah pasukan berjaya menempah tiket ke suku akhir kerana mereka perlu konsisten untuk melepasi saingan seterusnya sebelum beraksi di final. Setiap pasukan berpeluang menjadi juara apabila mampu mencatatkan kemenangan dalam mana-mana perlawanan walaupun lawan lebih kuat.” Saingan Piala Malaysia 2012 bermula hari ini dengan Kumpulan B menjadi tumpuan apabila dianggap ‘kumpulan maut’ dengan kehadiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan ATM manakala juara bertahan, Negeri Sembilan berada dalam Kumpulan C bersama Perak, Felda United dan Sime Darby.

LionsXII pula berdepan cabaran dua pasukan selatan tanah air, Johor dan Johor FC selain PKNS FC dalam Kumpulan A dengan juara terbanyak Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor mengetuai Kumpulan D bersama T-Team, Sarawak dan Pahang.

Tragedi Syawal : Anak Lemas Jatuh Tali Air

Sekadar Hiasan


PENDANG: Sambutan Syawal buat sebuah keluarga bertukar suram apabila anak keempat daripada lima beradik ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air Sungai Mati di Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi apabila motosikal Honda EX5 ditunggangi Mohamad Aziz Mehad, 21, yang turut dibonceng anak saudara, Mohd Khairul Azhar Mohd Saman, 3, dalam perjalanan pulang dari kedai runcit berhampiran, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam tali air sedalam, kira-kira satu meter.


Bagaimanapun, Khairul hanya terjatuh di tebing tali air itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat diselamatkan penduduk kampung.

Abang mangsa, Mohd Nizam, 26, berkata sebelum kejadian, arwah meminjam motosikalnya untuk mengunjungi rumah rakan sempena Aidilfitri sebelum ke kedai berhampiran bagi membeli makanan ringan buat keluarga di rumah.


Bagaimanapun, katanya, kira-kira 15 minit selepas itu, beberapa penduduk kampung memaklumkan arwah ditemui lemas di dalam tali air terbabit.


“Sebaik tiba di tali air kira-kira satu kilometer dari rumah, saya melihat arwah sudah diangkat ke tebing oleh penduduk kampung sebelum saya menahan sebuah kereta bagi menghantarnya ke hospital.

“Saya tidak mengetahui sama ada arwah masih bernyawa atau tidak kerana badannya sangat sejuk sepanjang memangkunya hingga sampai ke hospital,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012 - My Metro

Tak Sempat Berhari Raya

Foto Sekadar Hiasan



PEKAN: Dua beranak yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa, Khairul Azhar Hashim, 36, dari Ulu Batu 4, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Amiruddin, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pekan (HP) Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, ketika kejadian, dua beranak terbabit yang menaiki Perodua Viva dikatakan dalam perjalanan menghala Rompin dari Pekan untuk pulang ke kampung.


Menurutnya, siasatan awal mendapati sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

Katanya, akibat pertembungan itu, mangsa bersama anaknya dikatakan tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan orang ramai dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan.


“Bagaimanapun, Khairul Azhar maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala manakala anak mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HP berikutan kecederaan sama.


“Pada masa sama, pemandu Proton Perdana itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Trafik,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, jenazah dua beranak berkenaan sudah dituntut ahli keluarganya selepas dibedah siasat di HP, kelmarin.


Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012 - My Metro

Thursday, August 16, 2012

Abby: 'Politik Bukan Bidang Saya'



SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.

Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.

Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.

Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.


"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.

"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.

"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Apabila soal kahwin disentuh, Abby hanya tergelak.

Dia yang dilaporkan berbaik semula dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri barunya, Memey awal bulan ini memberitahu:

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya."

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

"Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi kalau ia berlaku, itu kuasa Tuhan," katanya, yang sebelum ini turut menafikan spekulasi bahawa akan merujuk semula dengan Norman. Norman juga pernah mengulas isu yang sama kepada Sinar Harian Online lebih dua minggu lalu.

Abby juga berkata, ketiga-tiga anaknya akan menyambut Aidilfitri bersama Norman dan Memey di Kuantan, Pahang.

Awal minggu ini Abby ada menulis menerusi Twitter bahawa Norman memang ada mengajaknya menyambut Aidilfitri di kampungnya. - SinarHarian

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.4 Peratus Pada Suku Kedua





KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 4.3 peratus pada suku yang sama tahun lepas, dipacu oleh permintaan domestik yang lebih kukuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
    
Bercakap kepada pemberita, Zeti berkata pada suku itu permintaan domestik melonjak 13.8 peratus berbanding 9.7 peratus berbanding suku pertama.
  
Beliau juga mengumumkan mengenai semakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 4.9 peratus daripada 4.7 peratus bagi suku pertama.
    
Zeti berkata permintaan domestik yang kukuh disokong oleh pertumbuhan pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam, manakala eksport bersih menyederhana ekoran eksport lemah dan import yang tinggi.
    
Mengenai bekalan, beliau berkata sektor ekonomi utama terus berkembang, diketuai sektor perkhidmatan, pengeluaran dan pembinaan.
    
"Ini disokong oleh aktiviti dipacu domestik dalam sektor perkhidmatan iaitu komunikasi, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dan subsektor insurans kewangan," katanya.

Beliau berkata berdasarkan unjuran semasa, negara bakal mencatat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus tahun ini.
  
"Pada masa ini kami mengekalkan (unjuran ini). Pada belanjawan akan datang, mungkin ada pelarasan dalam unjuran bagi tahun ini.
  
"Kami yakin, berdasarkan prestasi separuh pertama tahun ini, KDNK dijangka meningkat lebih tinggi," katanya dan menambah, pelaburan swasta akan terus memacu pertumbuhan ekonomi.
  
Zeti berkata aktiviti pelaburan yang meningkat boleh dilihat berdasarkan  peningkatan 19.8 peratus pada separuh pertama tahun ini dan peningkatan 24.6 peratus pada suku kedua.
  
"Inilah yang kami mahu berlaku bagi mengekalkan pertumbuhan, dan kami melihat pelaburan kembali dengan kukuh, malah pasaran sekuriti hutang swasta menunjukkan beberapa terbitan baharu bagi mengumpul dana dalam sekuriti hutang swasta untuk pelaburan dalam projek-projek baru.
  
"Semua angka ini menunjukkan peningkatan dalam aktiviti pelaburan, terutama oleh sektor swasta dan projek lain yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.
  
Zeti berkata peningkatan ranking Malaysia dari segi daya saing dan kos menjalankan perniagaan, secara tidak langsung membantu iklim pelaburan negara.
    
Beliau berkata beberapa projek kejuruteraan awam besar juga mencatat pertumbuhan kukuh dan akan membantu menyokong pertumbuhan ekonomi.
  
Ini termasuk projek saluran paip Sabah-sarawak bernilai RM4.6 bilion, projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.5 bilion dan loji tenaga Janamanjung berharga RM5 bilion, katanya.
    
"Kita juga mencatat pengunaan kapasiti yang lebih tinggi yang kini mencecah paras 80 peratus. Kebiasaannya apabila keadaan ini berlaku dalam pelbagai industri, ini mencetuskan aktiviti pelaburan baharu," katanya.
  
Mengenai prestasi suku kedua, Zeti berkata modal tetap kasar merekodkan pertumbuhan kukuh 26.1 peratus berbanding 16.1 peratus pada suku yang lepas dengan perbelanjaan sektor swasta dan awam mencatat peningkatan.
    
Beliau berkata penggunaan swasta meningkat 8.8 peratus (suku pertama 12: 7.4 peratus), disokong oleh situasi pasaran buruh yang padu, pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan sentimen pengguna yang meningkat.
    
"Selain itu inisiatif kerajaan seperti bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan peneroka Felda selain menaikkan gaji dan pencen penjawat awam, turut membantu meningkatkan perbelanjaan," katanya.
    
Penggunaan awam meningkat 9.4 peratus daripada 7.3 peratus suku lepas, diketuai perbelanjaan yang tinggi untuk emolumen dan bekalan serta perkhidmatan,
katanya.
    
Menurut Zeti kadar inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada suku kedua berbanding 2.3 peratus pada suku lepas.
  
Beliau berkata inflasi dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol menyederhana manakala harga daging dan sayur-sayuran turun.
  
Bagi sektor luaran, lebihan akaun semasa berkurangan pada suku kedua kepada RM9.6 bilion, bersamaan 4.4 peratus pendapatan negara kasar, katanya.
    

"Ini sebahagian besarnya disebabkan lebihan barangan yang rendah, terutama hasil pengembangan import kasar dalam keadaan pertumbuhan eksport kasar
menyederhana," katanya.
    
Zeti berkata akaun kewangan mencatatkan pemulihan dengan kemasukan RM5.4 bilion pada suku itu, dengan kemasukan tunai dalam pelaburan lain dan pelaburan langsung asing meningkat yang mengimbangi aliran keluar besih dana portfolio bukan penduduk.
   
"Dengan lebihan dalam akauin semasa dan kewangan, imbangan pembayaran pulih untuk mencatat lebihan RM12.7 bilion pada suku kedua, berbanding RM7.2 bilion pada suku lepas," katanya.
    
Kadar dasar semalaman tidak berubah pada 3.00 peratus pada suku berkenaan, katanya.
  
Beliau berkata ringgit sebaliknya susut 3.8 peratus berbanding dolar US pada suku kedua, selain mata wang serantau utama yang lain.
    
"Ketidaktentuan krisis hutang negara Eropah dan impaknya ke atas prospek pertumbuhan ekonomi serantau dan global menyebabkan pelabur mengurangkan pegangan dalama aset-aset pasaran baru muncul," katanya. - Bernama

Pelik! Sekumpulan Labah-Labah Menyerang Australia Selepas Banjir.

Fenomena sekumpulan labah-labah menyerang Australia selepas banjir ini sangat luar biasa. Jika lihat pada gambar, sebuah ladang juga turut terkena tempiasnya apabila labah-labah membina sarangnya meliputi hampir semua permukaan. Jom lihat gambar di bawah ini.









Melayukini.net - Subhanallah! Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Fenomena ini memang sungguh luar biasa. Jika ia berlaku di hadapan mata kita, mungkin timbul juga perasaan takut. Manalah tahu, mungkin labah-labah ini berbisa ataupun tidak. Walaubagaimanapun, sarang-sarang labah yang dibina ini sungguh unik sekali.

Punch Gunalan Sumber Inspirasi Atlet Muda




BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Punch Gunalan merupakan sumber inspirasi kepada peminat sukan itu di Malaysia dan perlu dicontohi pemain badminton muda negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, negara kehilangan seorang tokoh sukan yang banyak berjasa kepada pembangunan sukan badminton dan merupakan contoh pemain badminton cemerlang dan konsisten.

"Walaupun sudah tiada, semangat beliau menjadi inspirasi kepada barisan atlet muda yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Punch Gunalan di kediaman legenda sukan badminton negara itu, di sini hari ini.

Ahmad Shabery turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb) kepada keluarga mendiang.

Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya, pagi semalam akibat barah.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong pula menyifatkan mendiang bukan sahaja atlet hebat tetapi personaliti yang berjaya menerajui pembangunan badminton negara.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia, Ng Chin Chai berkata, Punch Gunalan bukan sahaja atlet badminton yang cemerlang malah individu serba boleh.

"Saya dan Punch Gunalan dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan ketua pengawas sekolah. Saya juga ketua pengawas tetapi kami daripada generasi berlainan," kata Ng.

Punch Gunalan melonjakkan nama Malaysia di persada badminton antarabangsa dengan beberapa kejayaan di kejohanan berprestij seperti All England, Piala Thomas dan Sukan Asia.

Pada 1970, Punch Gunalan dengan pasangan beregunya Ng Boon Bee mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel di Edinburgh, Scotland.

Mendiang merupakan Setiausaha Kehormat BAM dari 1985 hingga 1997 dan jawatan terakhirnya dalam badan sukan badminton Malaysia ialah sebagai Naib Presiden pada 2005. - Bernama

Tuesday, August 14, 2012

Celcom Permudah Bayaran Zakat




PENGGUNA rangkaian telekomunikasi Celcom kini boleh menjalankan tanggungjawab membayar zakat fitrah secara lebih mudah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dikenali sebagai Celcom M-Fitrah, pengendalinya, Celcom Axiata Berhad merupakan syarikat telekomunikasi mobiliti pertama negara yang diberi kuasa sebagai agen memungut bayaran zakat fitrah.

Pelaksanaan operasinya akan melibatkan pengguna-pengguna di negeri Selangor, Melaka, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Sabah.

Celcom M-Fitrah terbuka kepada pelanggan pra-bayar dan pasca bayar Celcom yang mana nilai bayaran zakat fitrah akan dicaj pada bil atau ditolak daripada nilai kredit.

Untuk membuat pembayaran, pelanggan Celcom perlu menaip FITRAH dan dihantar ke 21999.

Mereka kemudian dikehendaki memilih negeri dan menyatakan maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan serta butiran individu di bawah jagaan yang ingin dibayarkan bersama.

Seterusnya, mereka akan menerima SMS untuk mengesahkan nilai yang akan dicaj sebelum mendapat resit bayaran daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Menariknya, untuk setiap SMS yang dihantar atau diterima, tiada sebarang caj dikenakan.

Selepas selesai pembayaran, pelanggan perlu melayari laman web mfitrah.celcom.net.my untuk tujuan pengesahan alamat e-mel.

Menurut Ketua Operasi dan Data Termaju Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah, Celcom sentiasa menyediakan platform terbaik bagi pengguna Muslim melaksanakan tuntutan dan kewajipan mereka sebagai seorang Islam.

''Celcom M-Fitrah merupakan medium pembayaran alternatif untuk mereka yang tiada masa melawat pusat pungutan zakat, individu kelainan upaya serta sesiapa sahaja yang yang ingin memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah.

''Keseluruhan transaksi M-Fitrah sebenarnya hanya mengambil masa kurang daripada tiga minit,'' katanya.

Beliau memberitahu lagi, setiap tahun, Celcom akan bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk menyediakan kemudahan tersebut di mana pada 2010, syarikat itu berjaya menjadi agen zakat dengan kutipan tertinggi di kalangan institusi korporat di Selangor.

''Oleh kerana itu, perkhidmatan M-Fitrah menjadi semakin popular dan pengguna Muslim harus mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan urusan wajib pembayaran zakat fitrah secara lebih mudah,'' jelas Afizulazha.

Nota: Macam macam .. bih tu aqad dan do'a cemana ??

Ujian Sains Terhadap Solat



KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dilakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir mampu mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu.

Penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukosa dalam darah.

Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM, Profesor Ir. Fatimah Ibrahim itu juga menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh dijadikan kaedah untuk seseorang individu menguruskan badan serta mengawal komposisi badan.

Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia.

"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat, Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur.

Beliau menambah solat lima waktu amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.

Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.

Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia.

"Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.

KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk kesihatan.

Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan.

Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.

Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat.

"Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat," katanya.

Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof. Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.

"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.

Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Otot-ototIa melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot.

Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan.

Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.

Sehingga kini Prof. Fatimah telah menghasilkan empat buah buku berkaitan solat iaitu Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Edisi Melayu), Salat: Benefits from Science Perspective (Edisi Inggeris), Pencegahan Sakit Jantung dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat, Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.

Semua buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan berkaitan bidang masing-masing.

Prof. Fatimah bakal menghasilkan tiga buah buku lagi iaitu Kesan Postur dan Pergerakan Solat Kesihatan Badan, Solat sebagai Terapi Minda dan Mati Pucuk Kaedah Rawatan Melalui Prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan solat.

Pembaca yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan sains solat di Perkhidmatan Sains Solat anjuran Makmal Kejuruteraan Klinikal, Jabatan Kejuruteraan, UM dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan mendail 03-79676878, 79676818 atau faks: 03-79676878/4579 atau e-mel: sainssolat.um@gmaiil.com atau layari laman web: http://sainssolat.com.

Monday, August 13, 2012

Remaja Malaysia sertai kelab bola sepak Itali




KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan.   

Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani percubaan pada Jun.

"Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya," katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona.

Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.- Bernama

Abby Abadi: Banyak publisiti, fitnah selepas hijrah




BATU CAVES - Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya di hadapan 200 orang tetamu yang hadir pada majlis agama itu.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.

Samun Ibu Sendiri

Sekadar Hiasan



PETALING JAYA: Anak setan. Itulah gelaran layak diberikan kepada seorang remaja berusia 18 tahun apabila bukan saja mengugut untuk membakar rumahnya sendiri sebaliknya memecah masuk bilik ibunya sebelum ‘menyamun’ barang kemas dan wang tunai dianggarkan lebih RM2,000 dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 6, di sini Sabtu lalu.

Remaja terbabit bertindak demikian selepas keengganan ibunya berusia 53 tahun memberikan wang kepadanya yang mahu digunakannya untuk berjoli bersama rakan-rakannya.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, remaja terbabit masuk ke bilik ibunya bagi meminta wang.

Menurut sumber, remaja terbabit memberitahu mahu keluar dan pergi membeli baju raya, namun ibunya mengesyaki anaknya itu mahu berjoli bersama rakannya.


“Disebabkan itu, wanita terbabit tidak memberikan wang kepada anaknya itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan. - HMetro

Pelik! Pokok Pisang Keluarkan Darah




Pelik! Pokok Pisang Keluarkan Darah | Secara lazimnya, pokok pisang ataupun di bahagian batangnya, jika ditoreh ia akan mengeluarkan getah yang berwarna putih kejernihan. Namun demikian terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.

Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini,” kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detik.com ketika ditemui dirumahnya.

Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.

Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.

Melayukini.net - Penemuan seperti ini jika tidak dikawal oleh penduduk setempat akan menyebabkan orang luar akan menganggap ia sebagai tempat untuk pemujaan. Dalam erti kata lain, akan terlalu taksub dengan perkara tersebut. Sama seperti kes-kes yang lain, mudah terpengaruh dengan fahaman yang boleh merosakkan akidah.

Saturday, August 11, 2012

Masjid Yang Didirikan Oleh Makhluk Ghaib??

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Lagi foto berkaitan Dari Blog : Aiyang Disayang


Wanita Warga Indonesia Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman



11 Ogos 2012. KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tikaman dan lebam di beberapa bahagian badannya di sebuah bilik di Jalan PJU 1/2 Kampung Cempaka, Kelana Jaya, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima panggilan daripada orang ramai pukul 6 petang tadi sebelum menemui mayat wanita berpakaian lengkap dengan kedua belah tangannya diikat dengan kain.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di dalam bilik tersebut kecuali surat pajak. Difahamkan, wanita berumur 40an itu tersebut tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam Jumaat.

Arjunaidi berkata polis kini menjejaki teman lelaki wanita itu yang dipercayai telah melarikan diri.

"Wanita itu dipercayai mati dua atau tiga hari lepas. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.-BERNAMA

Pandalela Dijanjikan Habuan Oleh Kerajaan Negeri Sarawak



KUCHING: Sarawak menjanjikan habuan kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform di Olimpik London 2012 sebagai penghargaan kepadanya.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun bentuk dan jumlah insentif kepada anak jati Sarawak itu akan ditentukan kemudian.

“Saya akan bercakap mengenai perkara ini dengan beliau (Pandelela) sendiri apabila beliau pulang nanti.

“Saya berasa bangga sekali kerana dapat melihat anak tempatan kita dapat meraih pingat gangsa di peringkat Olimpik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Roadmap Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang menghadi-ahkan pingat kedua Sukan Olimpik 2012 London kepada kontinjen Malaysia selepas meraih gangsa dalam acara 10 meter platform wanita akhir, lewat malam semalam.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu mengumpul 359.20 mata di belakang Chen Ruolin dari China yang berjaya mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata sementara pingat perak dimiliki penerjun Australia, Brittany Broben dengan 366.50 mata.

Menurut Taib, kejayaan yang ditunjukkan Pandelela itu diharap menjadi satu inspirasi kepada pembangunan sukan Sarawak pada masa akan datang.

Beliau percaya, Sarawak mempunyai ramai potensi dalam bidang sukan namun ia perlu disertai usaha dengan merekrut secara kon¬sisten dari sekolah-sekolah khasnya di luar bandar.

“Kita perlu berusaha lebih gigih lagi dan saya percaya apabila ini sudah berjaya, kita mampu menjalankan program pembangunan sukan yang komprehensif pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) turut merancang sambutan besar-besaran kepada Pandelela sejurus sahaja atlet itu pulang.

Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik berkata kepulangan Pandelela nanti akan disambut dengan ‘cara dan gaya Bidayuh’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atas kemenangan membawa pulang pingat gangsa Olimpik.

Ik Pahon berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat sebagai persediaan kepada sambutan besar-besaran itu.

“Kami berbangga dengan pencapaian beliau. Bukan sahaja kebanggaan kepada negara tetapi juga kepada negeri dan lebih penting kepada masyarakat Bidayuh.

“Atas sebab itu, Pandelela akan diberikan sambutan besar-besaran oleh DBNA dengan cara dan gaya Bidayuh,” katanya.

Ik Pahon yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan juga berkata, DBNA menjangkakan akan memberi ganjaran kewangan kepada Pandelela daripada DBNA sendiri.

Beliau menjelaskan perkara itu telah dibincangkan bersama ahli-ahli exco dan pemimpin Bidayuh lain.
Pencapaian Pandelela itu sekali gus meletakkan penerjun itu sebagai atlet wanita pertama negara memenangi pingat Olimpik.


Kantoi Melakukan Hubungan Seks Dengan Kuda

Gambar Hiasan 

Tribunnews.Com, London - Grzegorz Suliga meminta maaf setelah didapati melakukan hubungan seks dengan seekor kuda dihalaman rumahnya. Lelaki keturunan Poland yang berusia 37 tahun itu mengaku tidak mengetahui perbuatannya itu menyalahi undang undang di England.

Perlakuannya itu telah dilaporkan oleh seorang saksi yang bernama Albert Beckett yang telah ternampak aksi Suliga dari sebalik dinding kaca sebuah banglo.

"Dia ternampak lelaki itu mendekati seekor kuda putih. Dia (Beckett) kemudiannya merakam aksi Suliga dan dalam masa yang sama menghubungi pihak polis', ujar Catherine Allan, pendakwaraya, dalam satu perbicaraan sebagaimana yang dilaporkan oleh The Sun pada hari Jumaat (10/8/2012)

Suliga memang diketahui sering memberikan makanan kepada kuda. Beliau kerap membelai kuda kudanya namun pada hari itu, beliau telah melurutkan seluar panjang yang dipakainya serta melakukan hubungan seks dengan salah seekor kudanya.

Seorang saksi yang lain turut membuat laporan kepada pihak polis dan mengaku telah melihat Suliga di tempat yang sama di Oswaldtwistle, Lancashire. "Saksi tersebut telah melihat Suliga sedang duduk di kawasan kandang kudanya sambil memegang botol bir" ujar Allan lagi.

Kepada pihak polis, Suliga telah mengaku melakukan perbuatan itu ketika sedang mabuk. Beliau juga mengaku tidak mengetahui bahawa perbuatan luar tabi'e nya itu menyalahi undang undang di England. Malahan di negara Jerman, tempat beliau pernah tinggal juga melarang perbuatan yang sedemikian.

Suliha mengaku melakukan perbuatan seks nya dengan seekor kuda berwarna coklat namun menafikan bahawa beliau pernah melakukan perkara yang sama keatas kuda kudanya yang lain.

Andre-Church Taylor, peguambela Suliga menyatakan, anak guamnya tidak menghadirkan diri pada hari perbicaraan kerana berasa amat malu dengan perbuatan yang telah dilakukannya.

Thursday, August 9, 2012

Olimpik: Pandelela Mara Ke Final


Khamis 9 Ogos 2012. LONDON: Penerjun negara, Pandelela Rinong Anak Pamg mara ke peringkat akhir selepas menduduki tempat kelima dalam saingan separuh akhir acara 10m platform wanita Sukan Olimpik 2012.

Dalam acara diadakan di Pusat Akuatik di sini pada Khamis, penerjun berusia 19 tahun dari Sarawak itu mengumpul 352.50 mata untuk layak bersaing di pentas akhir yang akan berlangsung pukul 2 pagi waktu Malaysia pada Jumaat.

Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan awal Rabu, Pandelela yangberaksi buat kali kedua pada temasya Olimpik, gagal beraksi baik pada terjunanpertama hari ini iaitu 'forward 3 1/2 somersault' dan keempat melibatkan 'Inward3 1/2 somersault'.

Beliau mengutip, masing-masing 67.50 dan 67.20 mata bagi kedua-dua disiplin tersebut.

Penerjun China, Chen Ruolin masih mendahului acara itu dengan kutipan 407.25 mata.

Hanya 12 penerjun teratas akan beraksi di peringkat akhir. - BERNAMA

Ego (Atau Bodohnya) Umat Muhammad Tolak Tawaran Terbaik


Ramadan melewati hari-hari terakhirnya. Ya, begitu cepat dan pantas sekali. Tahun ini dijangka bulan penuh keberkatan berakhir pada hari ke-29, kurang sehari daripada biasa.

Sesungguhnya setiap saat (bukan lagi dalam ukuran hari) yang berlalu cukup berharga; tidak ternilai dengan ukuran dunia. Sekali terlepas, ia tidak datang lagi.


Siapa pun tidak berupaya memastikan dia bakal mengimarahkan lagi Ramadan pada tahun depan. Lihat di sekeliling, ramai saudara-mara dan kenalan yang kita temui dan dakap erat semasa Aidilfitri lalu kini tiada lagi bersama. 

Ada pula yang dahulunya sihat bugar kini terlantar sakit, tidak mampu berpuasa. Semasa menjalani ujian fisioterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, merawati serangan strok kedua yang saya alami awal Julai lalu, saya dapati ramai pesakit yang tiba-tiba hilang upaya dan kudrat, hatta untuk menggerakkan jari dan menelan makanan.

Pagi Khamis lalu, saya menziarahi rakan lama, Yusuf Abdul Jalil, bekas Pengarang Harakah, yang turut diserang angin ahmar lima tahun lalu. Tidak banyak peningkatan sejak kali terakhir saya mengunjunginya, Ramadan 2010. Anggota tubuh sebelah kirinya masih tidak bermaya.

Kemudian saya ke Kepong, mengiringi rakan, Mokhtar Jan. Sahabat lamanyanya, yang ditimpa nasib sama empat tahun lalu, terlantar koma. Segalanya harus dibantu. Ingatan beliau hilang. Alhamdulillah, anak isteri begitu memahami dan reda setulusnya.

Renunglah dalam-dalam pengajaran buat diri yang kerdil ini.

Fasa terakhir Ramadan hanya tinggal seminggu. Sewajarnya kita sudah mempunyai rancangan terperinci mengisi detik-detik penuh kemuliaan ini sejak awal, sebelum Ramadan menjelma lagi. Sebaiknya pelan itu ditulis rapi, dengan jadual ketat yang menagih disiplin melaksanakannya.

Begitu juga dengan azam dan tekad yang jelas dan terarah. Misalnya, berapa kali khatam al-Quran sepanjang Ramadan. Seorang rakan, sebelum menginjak hari ke-20, sudah tiga kali khatam di samping menekuni kitab-kitab tafsir. Niatnya, mahu menghabiskan bacaan al-Quran sepanjang 10 hari terakhir sebanyak tiga kali lagi, iaitu tiga hari sekali. Saya yakin beliau mampu melakukannya, dengan mudah.

Seorang rakan lain, begitu ringan tangan, bermurah hati. Beliau begitu terpesona dengan kelebihan memberi makan orang berbuka puasa. 

Dua hadis Nabi s.a.w. sering diperingatkannya kepada saya. Pertama, "sebarkanlah ucapan salam (kepada yang kita kenal atau tidak kenal), dan berikanlah makan dan solat di waktu malam ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga ..."; dan kedua, "sesiapa yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa."

Pesan Rasulullah s.a.w. itu digigitnya sungguh-sungguh. Beliau akan memberi salam kepada siapa sahaja yang ditemuinya. Ramai juga -- yang tidak mengenalinya -- kelihatan agak kaget, walaupun kemudiannya menjawab perlahan. 

Dia kerap bercerita kepada saya, mungkin sebagai dorongan, bahawa ada orang alim yang sengaja ke tempat ramai, semata-mata untuk menyebarkan salam.

Begitu juga dengan kelaziman memberi makan; dia memang merancang -- bayangkan, sejak berakhirnya puasa tahun lalu -- berapa ramai yang mahu "dijamunya" sepanjang Ramadan.


Dengan kemudahan beberapa badan amal yang menyalurkan sumbangan berbuka kepada minoriti Muslim di luar negara, terutama yang tertindas seperti di Myanmar, Selatan Filipina dan juga Palestin, rakan saya itu menyusun jadual. 

Dalam tempoh setahun lalu, dia sudah merancang mencari "wang lebih" untuk menaja majlis berbuka puasa dan juga amalan menyembelih korban semasa Aidiladha nanti. "Kita bukannya berduit sangat, yang penting berjimat dan jangan berbelanja di luar keperluan, dengan tekad yang serius untuk memburu pahala di waktu Ramadan seperti ini," tuturnya penuh hikmah.

Sikap dermawan yang terpuji itu harus dilatih. Tentulah ia tidak mudah, apatah lagi di zaman kos sara hidup mencanak naik. Kita kerap mencari alasan dan daleh bahawa keperluan sendiri pun tidak pernah cukup. Sedangkan tuntutan menaja berbuka puasa tidak semestinya memerlukan belanja yang besar, mungkin memadai dengan air dan buah tamar.

"Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan dan sikap pemurahnya semakin bertambah pada bulan Ramadan ... melebihi angin yang berhembus." (maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan yang rasanya belum membudaya dalam masyarakat Islam di Malaysia, walaupun nampaknya sudah mulai meresap, iaitu iktikaf mengisi sepuluh Ramadan terakhir. Ia sunnah Nabi s.a.w. dan pada tahun kewafatannya baginda sempat beriktikaf selama 20 hari.

"Iktikaf disyariatkan dengan tujuan agar beriktikaf dan bersimpuh di hadapan Allah SWT, berkhalwat dengan-Nya, sementara memutuskan hubungan sementara dengan semua makhluk dan berkonsentrasi kepada Allah SWT," kata Imam Ibnu Qayyim.

Saya pernah mengingatkan saranan, jika mampu dan keadaan mengizinkan, agar kita mengambil cuti sepanjang 10 akhir Ramadan, iaitu menggantikannya daripada amalan berlibur semasa minggu pertama Aidilfitri.

Perlu ada kesungguhan dan rancangan sistematik, terutama di kalangan badan-badan Islam dan aktivis dakwah, termasuk negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, untuk "memeriahkan" sambutan akhir Ramadan, berbanding sambutan melampau Aidilfitri. 

Di negara ini, semangat hari raya mulai membahang ketika melewati pertengahan Ramadan, sedangkan ketika itulah sepatutnya umat Islam memasuki "gear lima" untuk beribadah sekudusnya. 

Bukalah stesen radio, lagu-lagu raya akan berkumandang setiap lima minit. Hebatnya pencipta lagu di negara kita, irama dan liriknya begitu mendayu-dayu dan mengusik emosi serta mengimbau kenangan lampau. Walhal, jarang kita terdengar lagu-lagu mengenai Ramadan yang berkualiti tinggi; sebahagian daripadanya pun dihasilkan oleh komposer berbakat dari negara jiran, Indonesia! 

Pastinya Lailatulqadar menjadi buruan kita semua. Namun, melihat realiti praktisnya, saya tidak percaya malam seribu kurnia, yang melebihi 1000 bulan, atau 83 tahun 4 bulan itu sememangnya dicari-cari kebanyakan kita.

Nikmat Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang pendek usia ini, seperti tidak dihiraukan. Tawaran malam kemuliaan yang turunnya begitu banyak malaikat, termasuk Jibril, dengan keberkatan merata, semacam dipandang ringan. Anda dapat melihat dan merasainya sendiri, 'kan?

Perbanyakanlah zikir, istighfar dan doa mohon keampunan. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, yuang menyukai maaf, kerananya berikanlah maaf kepada kami."

Ayuh, kita belum terlewat lagi untuk memburu, menghayati, menghidupkan dan menikmati minggu terakhir Ramadan ini.

Oleh : Ahmad Lutfi Othman Dari Laman Detik Daily

Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab



KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pemilik sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminat menerusi Twitter miliknya serta membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

"Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini 'kosong' tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

"Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

"Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri," ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.

*******

Nota: Ermm .. Janggal rasanya kalau bertudung kemudian lepak dalam disko. Lebih baik beliau dihalang masuk kerana itu boleh menghindarkan fitnah yang lebih besar kepada golongan hawa yang bertudung. Selebihnya, no further comments.

'Sultan' Di Cari Bantu SIasatan Kes Bunuh

Snap Dari My Metro



SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki warga Myanmar bernama Sultan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Ampang, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki terbabit berusia lewat 20-an yang juga rakan sekerja mangsa di bengkel kereta di Ampang menghilangkan diri sejurus kejadian.

Mohd Adnan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di bengkel berkenaan pada jam 6.10 petang.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis menemui sebilah pisau dan sebatang kayu dipercayai diguna suspek untuk membunuh mangsa.

“Beberapa jam kemudian, polis menahan enam lelaki berusia 23 hingga 37 tahun yang juga rakan sekerja mangsa di sekitar kawasan kejadian.

“Semua mereka kini direman hingga 13 Ogos ini untuk polis mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kejadian berkenaan,” katanya sewaktu ditemui semalam. Polis juga masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Arshad di nombor 017-5902878 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk menyalurkan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/09

Eksperimen Maut: Remaja Guna Pelampung Botol Lemas



Eksperimen seorang remaja memasukkan 10 botol minuman plastik 500 mililiter ke dalam seluar untuk dijadikan pelampung mengundang tragedi apabila dia mati lemas selepas botol digunakannya itu terkeluar dari seluarnya dalam kejadian di Sungai Banggol, Kubang Tuman, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Muhammad Hafiz Fakri Mohamed, 13, pada mulanya mandi bersama empat rakannya di kawasan cetek di tepi sungai, tetapi tiba-tiba menuju tengah sungai dengan memasukkan botol plastik ke dalam seluarnya.

Pada mulanya dia gembira kerana badannya terapung, tetapi tidak lama kemudian, terkapai-kapai dan tenggelam timbul sambil meminta tolong.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan apabila dihanyutkan arus deras dan mayatnya ditemui setengah jam kemudian oleh penduduk kampung beberapa meter dari tempat dia tenggelam.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, August 8, 2012

Mengapa Azizul Hasni Awang Di Anaktirikan ??



Admin merasakan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dianak tirikan oleh para pemimpin negara berdarah dan berjiwa UMNO.

Beliau tidak mendapat perhatian dan layanan sepertimana Datuk Lee Chong Wei pemain badminton negara.

Apabila Lee Chong Wei betarung untuk mendapatkan pingat emas, Datin Seri Rosmah Mansor bergegas ke London untuk memberikan sokongan "moral".

Tetapi malam tadi pelumba basikal negara kita Sdr Azizulhasni Awang bertarung untuk merebut pingat emas dalam acara Men's Keirin, tiada kedengaran mana-mana pemimpin UMNO ataupun isterinya bergegas ke London untuk memberikan sokongan moral yang berbentuk serupa.

Adakah Sdr Azizulhasni Awang bukan warga negara kita?

Atau kerana dia anak Melayu yang dirasakan tidak perlu diberikan layanan sebagai wira negara?

Perlu ingat, beliau adalah satu-satunya wakil Asia dalam perlumbaan akhir Men's Keirin.

Admin cukup rasa terkilan.. bukannya mau bersifat rasis.. itu langsung tidak wujud dalam sanubari admin. Tetapi maukan jawapan bagi mencerahkan minda yang kini kelabu dengan perangai dan sikap yang dipamirkan oleh para pemimpin UMNO.

Sebab itu UMNO jangan nak berbicara dan mendabik dada kononnya perjuangkan 'KETUANAN MELAYU"., KALAU ATLIT BANGSA MELAYU SENDIRI DIANAK TIRIKAN.

KEPADA AZIZULHASNI AWANG...ANDA TELAH BUKTIKAN ANDA ADALAH ANTARA PELUMBA BASIKAL ACARA KEIRIN TERBAIK DIDUNIA WALAUPUN GAGAL MENGUTIP SEBARANG PINGAT...RAKYAT TABIK SPRING MELANTUN KEPADA ANDA. 

Dari Akaun FB: Badar Ding

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud



SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.

Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

“Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.

“Oleh kerana itu bagi kita, kenyataan dari Najib sudah cukup sebagai bukti bahawa selagi Umno-BN memerintah sampai bila-bila pun hukum syariat Islam tidak akan dilaksanakan walaupun Umno mendakwa mereka mewakili orang melayu yang beragama Islam,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Kenyataan beliau ekoran susulan paparan muka depan media pro-BN hari ini yang memetik kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah.

Abdullah dalam kenyataannya berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Menurut beliau lagi, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Umno-BN yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan agama dan umat Islam sendiri.

Tuan Ibrahim  menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah dibuat tanpa mengikut maklumat yang betul dan hanya bersandarkan kepada penyampaian pihak tertentu.

Malah jelas beliau kenyataan tersebut nyata tidak membantu menggambarkan persepsi Islam yang luas dan syumul di mata masyarakat bukan Islam.

Ujar Tuan Ibrahim, hubungan ‘tahaluf siasi’ (kerjasama politik) Pas dan komponen Pakatan Rakyat berlangsung dalam kontek hubungan baik dan mengamalkan sikap saling menghormati meskipun berbeza pandangan.

Sebelum ini, Adun Umno Johor dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu namun dibidas Soi Lek yang beranggapan hasrat itu sebagai “hilang akal” dan kehabisan idea.

Dari Blog : Ayid Manjadda Wajada Bersumberkan Laman Web Selangorku

Akta Banteras Jenayah Siber Dibentang Oktober Ini


Kementererian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjangkakan Akta Pembelian Atas Talian bakal dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada sesi persidangan Oktober ini.

Sebelum ini, KPDNKK mengumumkan peningkatan 130 peratus jenayah siber kepada 11, 930 kes dicatatkan dari Januari tahun lalu berbanding 8, 090 kes dilaporkan pada 2010 pleh Cyber999 Help Centre.

Pecahan statistik itu menunjukkan jenayah penipuan menjadi kes majoriti dilaporkan kepada 4, 175 kes, penyebaran kod berniat jahat sebanyak 3, 452 kes dan pencerobohan berada di tempat ketiga iaitu 2, 345 kes.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini cadangan penubuhan akta terbabit dalam proses draf terakhir sebelum ia dibentangkan pada waktu yang dijangkakan itu.

Beliau berkata, penubuhan akta siber penting membolehkan undang-undang perniagaan secara maya itu dapat diperkemaskan dan memberi kemudahan kepada pelbagai pihak.

"Menerusi akta ini nanti, kita akan dapat mengetahui status peniaga didalam talian kerana terdapat syarat untuk menampilkan maklumat mereka bagi mengelakkan kes penipuan ketika proses pembelian dilaksanakan", katanya.


Tuesday, August 7, 2012

Shila Hamzah Nekad Untuk Kekalkan Tudung


SELEBRITI terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.

Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.

“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.

“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.

“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai," katanya sambil menambah, "bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila."

Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.

“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.

“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.

Shila kini sedang sibuk dengan penggambaran program Raya Mania, yang akan bersiaran pada 1 Syawal menerusi Astro Ria berkata, terdapat beberapa program akan kelihatan dia dengan imej lamanya tidak bertudung.

“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.

"Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung," katanya.

Shila turut memberitahu dia dan keluarga akan menyambut 1 Syawal di Ipoh dan akan beraya bersama keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang pada raya kedua nanti. - Sinarharian

Advertisements

Advertisements